Social Icons

.

Pages

Teknologi Popplet



Kalau ingat lgi, sblm ni admin ada xplain pasal PADLET...kali ni admin nk perkenalkan POPPLET pulak.
nama hampir samakan? tp bukan adik beradik ni...mungkin kebetulan.
Yang pastinya dua-duan benda ni sangat berguna. 
Jom baca entry ni :-)


Popplet adalah alat yang membolehkan pengguna untuk menggambarkan serta menghasilkan gambaran idea. Dalam bidang pendidikan,guru dan pelajar boleh membuat 'timeline', grafik serta peta minda yang menarik dan berkesan. Kekuatan Popplet adalah sebagai alat sumbangsaran kerjasama dalam menghasilkan persembhan atau peta minda yang menarik bagi memudahkan pengguna lain memahami idea yang ingin disampaikan. 

Berikut merupakan kepentingan menggunakan popplet dalam bidang pendidikan :-
  • Dapat membantu guru untuk meringkaskan suatu idea yang kompleks
  • Membantu guru untuk memberi gambaran yang jelas kepada para pelajar
  • Membantu guru melakukan penyelidikan serta pemecahan masalah
  • Membantu para pelajar untuk menyediakan peta minda yang lebih berstruktur dan efektif
  • Selaras dengan kemajuan dunia teknologi maklumat dalam bidang pendidikan

Admin rsa ckuplah stakat ni saya admin terangkan pasal Popplet ni, kalau nak tau dengan lebih lanjut...cuba try test popplet ni dekat ---> http://popplet.com/


No comments:

Post a Comment