hari ni admin nak explain sket pasal ICT APPLICATION. Biasala kan di zaman IT ni, kita kena la ambik taw sket2 psl ilmu ICT ni. Banyak lagi sebenarnya yang kita tak taw psl ICT APPLICATION ni. Hmmmm.......sbnrnya topik ni adalah topik admin kena present dlm klaz,hihihihi...so, juz nk b'kongsi la dgn rakan-rakan semua. Baca yer klu nak tambah ilmu di dada tu :-)
1. Apa itu Teknologi Maklumat & Komunikasi?
- Teknologi yang diperlukan untuk memproses maklumat.
- Biasanya menggunakan komputer, peranti komunikasi dan perisian aplikasi
- Untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, menghantar dan mencapai maklumat daripada mana-mana tempat dan pada bila-bila masa
2. Definisi teknologi maklumat & komunikasi (TMK) jika dihuraikan satu persatu ialah
- Teknologi - Menggunakan pengetahuan saintifik, pengalaman dan sumber untuk membina proses atau produk untuk kegunaan manusia.
- Maklumat - Pengetahuan yang didapati daripada membaca, menyiasat, belajar dan menyelidik
- Komunikasi - Perbuatan menghantar mesej iaitu proses bertukar maklumat menggunakan simbol, tanda atau interaksi pergerakan
3. Kelebihan aplikasi TMK
Antara kelebihan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam kehidupan ialah :
- Memudahkan perkongsian maklumat di antara satu pihak dengan pihak yang lain. Contohnya dengam menggunakan emel, chat, video conferencing dan banyak lagi.
- Komunikasi lebih pantas. Maklumat yang dihantar diterima dengan cepat, tak perlu menunggu berhari-hari untuk menerima maklumat yang dihantar
- Komunikasi tanpa sempadan. Dua atau lebih individu atau pihak boleh berkongsi maklumat walaupun berada di tempat yang jauh.
- Menjimatkan kertas. Sebagai contoh, surat khabar atas talian, nota2 pelajaran yang boleh dimuaturun dari portal pendidikan dan banyak lagi.
4. Kesan Penggunaan ICT Terhadap Kesihatan
Sebenarnya banyak kesan negatif yang akan terjadi ke atas diri kita sekiranya kita tidak menggunakan peralatan ICT dengan sempurna dan betul. Antaranya adalah:-
REPETITIVE STRESS INJURIES -RSI-
Ianya berlaku disebabkan penggunaan tangan untuk tempah yang lama.
CARPAL TUNNEL SYNDROME
Ianya berlaku disebabkan penggunaan tangan untuk tempah yang lama.
SAKIT BAHAGIAN TULANG BELAKANG (BACK PAIN)
Sakit belakang boleh berlaku apabila pengguna duduk di atas kerusi untuk tempoh yang lama.
Kecenderungan duduk terlalu lama boleh menyebabkan regangan pada ligamen.
KETEGANGAN MATA (EYE STRAIN)
¡Masalah ini terjadi apabila bekerja di tempat yang mempunyai pencahayaan yang tidak
sesuai atau melihat skrin yang berkedip.
5. Contoh Aplikasi ICT
Kat sini admin tak senaraikan semua, admin juz senaraikan mengikut keperluan presentation admin & rakan-rakan jer. klu nk taw lebih, rajin-rajin la tanya pakcik google..hihihihi
6: Cadangan ICT Dalam Pendidikan Pada Masa Hadapan
Post sebelum ni, admin ada ceritakan pasal Ubiquitous City, hari ni post pulak pasal Ubiquitous Learning. Apa tu? klu nak taw lebih lanjut, bleh la download bahan presentation yang admin sediakan kat atas tu yer. Nak xplain kat sini pnjang sgt. Tapi yang penting, idea dan cadangan ni sangat berguna dan bermanfaat. Semoga Malaysia juga berhasrat untuk menuju kearah cadangan ini :-)
ni ada video sket sebagai pembuka minda kita berkaitan Ubiquitous Learning :-)
No comments:
Post a Comment