Social Icons

.

Pages

Ubiquitous City - Menuju Perubahan


Apa itu Ubiquitous City?
Ubiquitous berasal dari perkataan latin iaitu “Ubique” yang bermaksud berada di mana sahaja pada bila-bila masa. Seiring dengan perkembangan teknologi canggih masa kini, pembangunan dan perancangan bandar telah mengalami satu perubahan inovasi baru di mana segalanya saling berkaitan dan dikongsi serta-merta samada maklumat, komputer dan manusia.

Konsep Ubiquitous City
Konsep ini merupakan konsep baru yang berasaskan teknologi di mana ianya menekankan aspek integarsi di antara hubungan manusia dan komputer berbanding konsep tradisional bandar lama yang lebih memberi fokus kepada seni gaya hidup masyarakat terdahulu. Melalui konsep ini, daya saing bandar dapat dipertingkatkan dengan teknologi tinggi yang membawa pengurusan bandar ke arah lebih cekap dan efisyen. Secara khususnya, konsep ini memberi penekanan kepada 4 aspek penting iaitu keselesaan, kesihatan, keselamatan dan kebersihan. Setiap aspek ini menawarkan pelbagai perkhidmatan mengikut kategori tersendiri dengan disokong oleh pembangunan Infrastruktur


Komponen Ubiquitous City
Konsep bandar ini terbahagi kepada 3 komponen utama iaitu Infrastruktur dan utiliti, teknologi maklumat dan kemudahan awam. Setiap komponen ini, dibangunkan secara serentak dan dikawal sepenuhnya oleh kerajaan sebagai pusat kawalan. Melalui pusat kawalan ini, semua aktiviti yang melibatkan kemudahan dan utiliti dapat dipantau secara langsung seperti bangunan, lalulintas, papan kenyataan, kenderaan, tempat letak kereta, sistem komunikasi, sistem keselamatan dan lain-lain - rujuk rajak dibawah



Peringkat Pelaksanaan Ubiquitous City.
Secara dasarnya, pelaksanaan konsep bandar baru ini melibatkan 3 peringkat utama iaitu pengumpulan, pemprosesan dan penggunaan maklumat. Pada setiap peringkat pelaksanaan, kriteria-kriteria penting seperti infrastruktur bandar, kemudahan teknologi maklumat dan sistem pengurusan berintegrasi perlu diambilkira dalam mewujudkan perkhidmatan yang pelbagai berasaskan “Ubique” bagi membolehkan pengguna menggunakan perkhidmatan pada bila-bila masa di mana sahaja mereka berada di dalam bandar -rujuk rajah dibawah.


No comments:

Post a Comment