Hari ni admin terjumpa satu lagi teknologi yang sangat berguna dan boleh digunapakai dalam bidang pendidikan terutamanya kepada para guru dan pelajar. Nak tahu apa?
Schoology merupakan salah satu laman web yang berbentuk web sosial yang mana ia menawarkan pembelajaran sama seperti di dalam kelas secara percuma dan mudah digunakan seperti Facebook. Melalui Schoology, pengurusan pembelajaran amat mudah. Schoology juga hampir sama fungsinya dengan laman web yang lain seperti WebCT and Blackboard dan di dalamnya, ia menawarkan guru untuk memuat naik segala kerja kursus yang penting serta bahan pembelajaran yang diperlukan oleh pelajar dalam matapelajaran mereka. Schoology boleh dilayari melalui laman sesawang WWW.SCHOOLOGY.COM.....
Bagaimana guru boleh menggunakan Schoology? Guru hanya perlu mendaftar akaun sebagai guru dan pelajar pula mendaftar sebagai pelajar. Melalui Schoology, guru seolah-olah berada dalam suasana kelas yang sebenar di mana kandungan Schoology ini adalah sistematik dan menggalakkan pembelajaran kendiri. Latar belakangnya juga boleh diubahsuai mengikut cita rasa masing-masing. Guru juga boleh membina graf untuk aktiviti pengguna dan mengetahui bahagian mana aplikasi yang banyak sekali dimanfaatkan oleh pelajar. Guru juga boleh membentuk page ataupun kumpulan yang berbeza bagi setiap projek/ tugasan yang berbeza. Guru juga boleh memuat naik nota dan bahan pmbelajaran dan menyusunnya menjadi lebih teratur dan sistematik. Guru juga boleh menyediakan medan perbincangan ataupun lounge bagi memudahkan perbincangan dengan ibu bapa.....
aplikasi ini memang sangat baik untuk guru dan siswa, sehingga tugas guru menjadi assyiik
ReplyDelete