Apa? buat game tanpa guna koding?
Mesti ada yang kurang percaya kan. Ya, mulanya, admin sendiri pon tak percaya tapi admin dah hasilkan satu game tanpa guna sebarang koding. Nak tahu macam mana? Jom....baca entry ni :-)
Logo apa tu? klu nak tahu gambar diatas adalah logo "gamesalad". Gamesalad ini adalah suatu alat pengarangan atau authoring tool yang telah dibangunkan oleh Gamesalad.Inc yang dihasilkan kepada bukan mereka yang bukan pengaturcara atau tidak mahir dalam aturcara. Pengguna hanya perlu memikirkan secara logik perjalanan game tersebut dan hanya perlu drag and drop untuk menghasilkan suatu game yang menarik.
Teknologi ini mungkin baru di Malaysia tetapi dengan teknologi ini ia membolehkan sesiapa sahaja menghasilkan aplikasi berbentuk permainan mereka sendiri. Biasanya aplikasi permainan yang dihasilkan ini adalah untuk smartphone tetapi ia juga boleh dihasilkan untuk versi desktop.
Perisian ini sebenarnya telah dilancarkan pada tahun 2009 tetapi di Malaysia kurang mendapat pendedahan. Admin juga baru sahaja didedahkan dengan pengalaman berguna menghasilkan satu permainan menggunakan perisian ini. "Interesting", admin sendiri tidak percaya admin mampu hasilkan sebuah game walaupun admin bukan merupakan seorang pelajar dalam jurusan game.
Nak tahu lebih lanjut mengenai Gamesalad ni? bleh tengok tutorial dan contoh-contoh game yang dihasilkan di: http://gamesalad.com
Sekadar perkongsian ilmu,
Selamat mencuba :-)
Selamat mencuba :-)
No comments:
Post a Comment